Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

KTM

Yang bisa bangun tak sanggup bangun
Yang bisa duduk tak mahu duduk
Sebab kita rasa kita berbeza
Aku putih kau hitam
Aku laki kau perempuan
Aku malaysia engkau indonesia
Kita rasa kita lebih baik dari dia, dia dan dia
Yang betul cuma kita
Yang kaya cuma kita
Apa guna bergaul
Dengan kasta yang lebih rendah?

Sudah lupa agaknya
Yang kita semua manusia

Wednesday, April 25, 2012

syukur

udara
air
tanah
syukurlah pada yang satu.
angin yang sejuk
air penghapus dahaga
atap buat berteduh
syukurlah pada yang satu.
andai partikel kecil kau syukuri
pasti kau sedar
betapa beruntungnya kau sebenarnya.
maka sujudlah pada yang satu.

Saturday, April 21, 2012

quotes

saya jumpa ini di twitter. tetapkan hati!


"Allah doesn't judge you on how bad you have been in the past,
but rather on how good you strive to be now."


MasyaAllah.

Friday, April 20, 2012

pemurah

orang tua pernah berkata
penyakit itu ujian Tuhan
jangan kau merungut
kerana Tuhan itu pemurah.
orang tua pernah bercerita
Tuhan hapuskan dedebu dosa
andai kita tabah dan redha,
kebenaran apa lagi yang kita nafikan.
cerita orang tua itu
berdesir-desir hingga hari ini
andai kita sakit
andai kita tidak merungut
10 tahun lagi belum tentu habisnya dosa kita.
sakit dunia ini peluang yang diberi Tuhan
jangan sampai kita sakit di alam sana.
itu lebih parah.
betapa pemurahnya Tuhan kita.

Thursday, November 3, 2011

quotes utk teman baik.

dear good friends,
you two looks good together.
from the quotes,
i don't know which one are you.
i hope the 2nd one - still are.
is it? :)


love,
leen coolbeans.

Tuesday, November 1, 2011

terima kasih tuhan

oh,sejak 3,4 hari lepas aku asek terjatuh.
sabtu lepas terseliuh jatuh kat taman permainan,
anggun yang berlari,aku yang masuk dlm lubang.
MPKK sila ambil perhatian ya,membahayakan tau.
*padahal aku sorang ja yang malang. :)
semalam elok pulak tengah hujan,
duk perbetul payung,
kaki masuk dalam lubang yang tak ditutup.
ni namanya pisang berbuah dua kali,
maka tertonggeng lagilah aku.
luka sikit,lutut bengkak je,well aku cool kot.
maka cik abang duk marah aku,
keluar tu pakai la lens!flipper kesayangan tu buang ja,beli sliper baru,cubalah hati-hati sikit!
lama jugak dia dok membebel.
sayang kite lettew~ haha.
bila bagitau abah,abah aku tanya 
awat 2,3 ari ni lembik sangat?asyik jatuh ka,berat badan naik tak larat tampung ka?
SENTAP! hahaha.


tak kisah la,orang kata malang tu tak berbau.
dah jatuh nak buat camna lagi kan.hehe.
apapun,aku bersyukur kat Allah,
walau apa pon terjadi aku masih ada semua yang buat aku mampu bangun semula.
biar jatuh longkang mahupun jatuh dalam erti kata kehidupan.


 

Saturday, August 20, 2011

belum

aku belum cukup mengenal tuhan
kerna jejak bumi penuh godaan
lilinkan perjalanan aku
biar panas membakar haus tumitku
aku rela
dari menjadi abu di neraka-Mu.

Wednesday, August 17, 2011

Wednesday, August 10, 2011

geringnya sang hati

jam berdetik laju meninggalkan waktu,
jiwaku dihenyak sunyi,
ku berdoa hujan kan menitis menemani,
tapi keinginanku itu dipandang sepi,
dibiarkan aku terbaring menunggu mimpi,
mimpi yg tak ingin mendampingiku kini


halaman akalku diasak pelbagai puisi seni,
dan aku mahu ia pergi meninggalkan aku sendiri,
bila hatiku membenci aku,
bagaikan satu dunia mencerca diri,
dia yang berada di kejauhan,
turut berpaling sayu malam ini.


menandakan jijiknya aku pada kornea dunia,
jijiknya dia pada aku,
jijiknya aku pada diri ini.


biarkan aku tertidur bersama barah derita,
jika tidak terjaga lagi,
selimutkan aku dengan kemaafanmu.


mata yg menghalusi hati,
ayin.

Friday, August 5, 2011

bacalah.

takde idea nak menulis.jadi sy letak quotes2 yg menarik hati saja hari ini.


"PEACEit does not mean to be in a place where there is no noise, trouble or hard work. it means to be in the midst of those things and still be calm in your heart."


 "i always knew looking back on the tears would make me laugh, but i never knew looking back on the laughs would make me cry"

p.s: Hidup memang indah, manfaatkan untuk tempat yg lebih indah selepas mati.
sekian.assalamuaikum, 

 

Thursday, August 4, 2011

sentap benar.

tadi sy usya-usya blog member sekolah rendah yg blajar di mesir.
jumpa 1 quotes yg buat sy terpempan,terkelu dan tersentap.
ni sy copykan utk anda:


‎"Facebook bukan Tuhan untuk kita luahkan segala-gala kepadanya. Bila kita sudah tiada rahsia akan apa yang ada di dalam hati, nescaya manisnya berkongsi rasa dengan Ilahi itu akan berkurangan nanti." ~ Hilal Asyraf

anda tersentap juga?
mungkin ada ya,ada yg tidak.
ada benarnya juga quotes tu.
sudah tersentap,muhasabah diri,perbetul mana yg patut.
sekian. 

sumber dr sini
ini Tuhan kita.

Tuesday, May 10, 2011

Saturday, August 22, 2009

ramadan

hoh,,rini da ari kedua posa..
smgat la org anta msg slamat bposa sana sini..
aku pon sma..ntah posa ka tidak aku send msg gak..

asal taon ni smangat puasa 2 tak bkobar2 cam taon2 lalu hah?
aku pelik n kesal..acecey,,ayat xley blah..kesal knon.

taon2 lalu,,
tiap2 ari bukak mata kol 5 pagi,tros pgang fon,,
aku memba prihatin,miskol memba2 soh bangon..
yong,,ko pon aku kjot kan?cume ko ja x bangon..liat cm tanah liat..
tp bes gak kje miskol org,,pagi2 da dgar mcam2 caller ringtone,,
dr lagu jiwang lentok smpai ah ke lagu rock..
then aku p kejot teman spencarian sahur ku,musti ah budak2 1 wing aku..
tu pon aku kejot 10 org,,yg bgon ade 2 org kot..tahi..harap katil ja bgoyang..
aku tros cuci muka,gsok gigi,,pkai sweater...bgerak ke ds(dewan selera)

kalu aku dtang bulan mmg aku x bgon sahor..
org taw la aku xleh posa 2..
yg xleh blah nye,,mse tu aku uzur,,x bangon sahor ah..
tbe2 anep miskol kmaen ag,,spuloh kli gamaknye,,
salu aku yg kjot dia,,aku igt menda..
upenye dia nak gitau arini sahor mkan ayam,,
hahaha,,salu ikan atau daging.
ptot la excited bnor..(budak2 asrama mmg cmni okai,,smgat ayam lbey)

dlu sahur org sediakan,,budak2 tron mkan ja..
skang sape nak siapkan sahur kt kolej?
psal 2 kot smngat aku pudar taon ni..
tak pa,,pudar mane pon,mari bribadah ya..
blan posa dtg staon skali ja..
so sambutlah mriah sket ngan tdarus,bzanji n trawikh..
okai!!memba2ku,,wat pahala lbey sket weh..
posa jgan tak posa..

Saturday, May 23, 2009

selit menyelit~

smalam aku kuar outing ke summit n pacific,penang..
hah,,tak lrat la nk tgk..
kapel2 pnoh berjabat tangan,,
tak,,bukan berjabat,,
menyelit tgan..
haiyo,,gua tgk pon gua dpt dosa ma..

aku kuar ngn kimah n ito..
stiap kli nmpak ja org pgang tgan,
aku n kimah akan nyanyi..
"selit selit jgan tak selit"
wahaha..tp ktrg nyanyi slow2 ja ah,,
syok sniri,,
nyanyi kuat kg mau kne lempang ngan dorg uh..
wahaha..bukan aku takot,,
tp aku tak mo wat pncemaran bunyi dpan public,,
suara aku da r sumbang bai..

hoh,apepon aku doakan aku sniri serta rakan2 yg tsyg tpelihara dr kemaksiatan ya!
jage diri korg baek2..aku syg korg,,korg syg aku!!wahaha