orang tua pernah berkata
penyakit itu ujian Tuhan
jangan kau merungut
kerana Tuhan itu pemurah.
orang tua pernah bercerita
Tuhan hapuskan dedebu dosa
andai kita tabah dan redha,
kebenaran apa lagi yang kita nafikan.
cerita orang tua itu
berdesir-desir hingga hari ini
andai kita sakit
andai kita tidak merungut
10 tahun lagi belum tentu habisnya dosa kita.
sakit dunia ini peluang yang diberi Tuhan
jangan sampai kita sakit di alam sana.
itu lebih parah.
betapa pemurahnya Tuhan kita.