Thursday, September 15, 2011

peha aku sudah kecil sedikit.kawan aku kata.

oh,sudah lama tidak update blog.
sudah kekeringan idea,
sudah tiada masa,
sudah mula persekolahan,
maka fokusnya sudah tidak terarah pada blog semata-mata.

oh,aku sudah mula ke kelas.
oh,aku pergi latihan menari juga.
tapi masih keras macam kayu jati,
kukuh kau tahu?kuat kau tahu?tahan lama kau tahu?
akulah kayu jati.
jangan harap nak lemah gemalai macam org lain.
oh bagaimana?
biarkan,abaikan.

sekarang aku sedang makan kuih tat nenas.
bekalan dunia akhirat yang mama beri padaku,
belum habis-habis lagi.
aku makan juga bila kelaparan.
oh,pagi tadi aku menghadiri kelas bahasa melayu,
cikgunya aku tunggu,
sepuluh minit awal aku hari ini,
terpacak depan kelas,
ku tunggu cikgu perempuan,
suma lalu lalang,tiada seorang pon yg berhenti,
lama menanti,seorang cikgu lelaki yg datang terpacak di depan kelas.
dia bercakap bahas baku,
indah benar di pendengaran telingaku.
dia sebut digital sebagai DIGITAL-bukan DIJITEL
dan sebut natural sebagai NA-TU-RAL bukan NECEREL.
oh,kagum kau tahu?
bila aku sebut bunyinya pelik.
mana tidak selalu orang key-el..
sebut SAYE, bila sebut SA-YA,bunyi macam pluto dan marikh bertembung.


ah sudahlah,aku ada kerja lagi ni,
mahu taip kerja adikarma,
hari itu aku tidak hadir perjumpaan,
mereka pedajal aku bagi jadi naib setiausaha,
nasib baik naib,
memang tahi tapi aku buat jugalah kan.haha
sudah,aku mau taip minit mesyuarat,
pergh.bunyi macam dah kerja kan...
tu diaaaaa...riak abaq ang!
sudah,nanti apa-apa aku kabarkan lagi ya!
salam,oh,selamat menyambut hari 1 malaysia yg jatuh pada esok hari!