Tuesday, February 26, 2013

dia tempang

dia pernah cacat, gelap, lusuh dan tempang
dia lelah dihimpit dunia
hari ini dia masih cacat, masih tempang
tapi dia sudah pandai memandang langit
sudah pandai ucap alhamdulillah
sudah kenal mana kosong hatinya.

dia tahu dia jauh dari sempurna
kurangnya dia melangkah juga
kitab lama diselak juga
biar tidak lancar biar tidak laju
kurangnya terisi hati kosongnya.

biar dia terus begini
perlahan masih tempang
biar dia jangan kembali ke lelah dahulu
kalau ada kawan
mahu dimohonnya kawan papah dia
biar lama lama sempurna itu jengahkan muka.