Thursday, December 29, 2011

kawalan

dunia kadang-kadang kejam
dia menolak aku rebah
dia meniup aku ke udara
hingga aku lupa diri
tidak mahu kembali memijak bumi.


manusia juga kejam
mereka guna pabila terdesak
pabila datangnya pengganti
mereka lepas tangan aku
mereka berlari kian jauh
mereka lenyap meninggal bayang
buat seperti aku tidak pernah wujud.


aku keliru
dengan hidup aku
dengan diri aku
dengan fantasi aku
aku harap aku ghaib
ghaib dimamah masa.


apa yang aku kejari
apa yang aku mahu
apa yang cuba aku kembalikan
aku sudah tidak kenal diri aku
aku hilang kawalan.