Monday, August 8, 2011

love is not about the happy ending.

member2 bercouple,
ada yg kita suka dan ada yg kita tak berapa nak suka.
kes yg tak berapa nak suka tu bila si girlfriend terlalu kuat mengongkong atau si boyfriend kuat main kayu tiga.
itu contoh je lah,memang bukan hak kita nak suka atau tak.tapi dalam hati kadang2 ada jugak timbul perasaan macam tu kan?

tp lain plak bila berkaitan dengan pasangan member yg kita suka.
dorang nampak cool and sweet je..
tak mengada2 or tergedik2 depan orang, - si girlfriend cool,si boyfriend DOUBLE cool.
tapi kadang2 hubungan pasangan yg kita suka tu tak lama..terputus tengah jalan.
kita pon jadi tumpang sebak.. ya lah,bukan senang kan nak jumpa pasangan yg kita suka camtu.
perjalanan cinta tu ada ranjau dan onak,kalau kita tak boleh kawal situasi, memang kita tak boleh nak teruskan perjalanan. selalu ranjau dan onak tu perkara2 macam ni lah:

tak cuba memahami pasangan

masing2 tak mahu mengalah

putus asa dengan pasangan

berubah setelah bercouple.masa mengorat lain,bila dah dapat terus berubah

nak sambung hubungan?mungkin ada peluang,tapi tipis lah- senipis kulit bawang.
tapi laki selalu lupa benda penting ni:

perempuan tak mudah lupa-janji mahupon MAKIAN


so kalau dah jadi macam ni,kita sebagai member naik buntu jugak.selalunya ini insiatif yg aku akan buat:
1. nasihatkan untuk berterus-terang dengan bekas pasangan -tapi tak ramai yg nak buat benda ni sebab kononnya biar luka disimpan sorang.
  *kalu betul sanggup takpa.tapi tak rasa rugi tak jelaskan apa yg terbuku dalam hati?




2. nasihatkan supaya cuba melupakan. teruskan hidup. -bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor.
 *tapi aku tahu nak buat benda ni bukan mudah.tapi sampai bila nak berharap?

jangan sesekali cuba melupakan dengan cara mencari pasangan baru secepat mungkin. kononnya lebih cepat melupakan. ptuih!! itu suma dusta belaka. tu bukan nak melupakan,tu kau tarik lagi 1 hati untuk turut terluka.
"u cannot heal your heart by putting yourself into another relationship.it is just like jumping twice from a tall building."

dan akhirnya aku sedar,kalau mereka nampak sesuai bersama tapi mereka masih break-off, aku rasa itulah apa yg dimaksudkan dgn TIADA JODOH. 




 sekian pandangan aku.aku pon tak pakar tentang hal cinta. :D
oh,,gmbar2 ni kebanyakkan aku ambil dr tumblr ini
credit to miss amoi,pemilik tumblr.

p.s: orang laki jangan tanya apa yg sebenarnya perempuan nak,sebab kadang2 kami pon tak tahu apa yg kami nak.seriously!

No comments: