Tuesday, August 9, 2011

cinta atau permainan?

ok.mood nak post pasal cinta ja kebelakangan ni.
entah mengapa,biarkan saja.
pasti 1 hari nanti dia lenyap dibawa angin lalu.


cinta atau permainan?
aku tak faham kenapa lelaki begitu mudah  melupakan.
adakah benar dia melupakan atau sebelum ini memang tak pernah ada cinta?
ada kes yg aku tengok,
si gadis solo.si jejaka mula membuka langkah.
mengambil berat,mula mengongkong,menasihati,menunjukkan minat.
tapi tak declare relationship jugak,kononnya tak mahu terburu-buru.
bila si gadis dah mula sayang, kau tarik diri.
kau kata kau mahu ruang. si gadis menurut.
ruang apa yg kau mahu sampai kau tak pernah kembali?
kau biar si gadis menunggu,menangis,mengira detik berlalu,
sedangkan kau cuba melepaskan diri.


aku tak faham.
mengapa kau cuit hatinya jika kau hanya bermain kata.
mengapa kau tunjuk prihatin jika ia tak bawa sebarang makna.
mengapa kau curi hatinya jika kau tak pernah ingin bercinta.
mengapa kau tinggalkan bila dia dah mula merasa debaran jiwa.


yang paling aku tak faham,
mengapa kau pergi tanpa penjelasan?
atau kau takut kerana semuanya hanya alasan?
memang aku tahu kau insan tak berperasaan,
kau mainkan hatinya, kau jambankan segala harapan




mungkin bisa kau biarkan dia melupakan segalanya,
kerana kau yakin semuanya bakal hilang ditelan waktu.
kau pernah dengar kata ini kan,
"what goes around comes around"
jadi kau jangan lupa,
bila kau permainkan hati seorang gadis,
tak mustahil hati kau akan dipijak dan diremukkan gadis lain satu hari nanti.


mata yg menghalusi hati,
ayin.

3 comments:

girl in the house..:) said...

memang bermakna!

Hana Foswana said...

peh peh pehhh! thumbs up coolbeans! :)org bercinta mmg pandai berpuitis cinta~ kehkeh

LD said...

blogwalking here...nice entry btw...salam ramadhan ^^